Sumber Air Boring Tidak Boleh Pasang Penapis Coway?

Sumber Air Boring Tidak Boleh Pasang Penapis Coway?

Dalam minggu ni sahaja, ada dua panggilan yang saya terima dari Kota Bharu, bertanyakan soalan yang sama.

Bolehkah pengguna air boring pasang penapis air Coway?

Tidak boleh. Saya perlu jelaskan bahawa penapis air Coway hanya boleh dipasang pada sumber air bertapis atau bermeter sahaja. Rasionalnya adalah kerana pihak Coway perlu memastikan air yang melalui unit penapisan/penulenan mereka adalah daripada sumber yang terawat.

Apa itu air boring?

Air boring ini merupakan penggunaan air alternatif yang diambil airnya dari dalam tanah lebih 20 meter atau beratus meter di bawah permukaan bumi.

Sumber air bawah tanah di sesuatu kawasan itu akan diambil daripada lapisan batuan keras granit atau batuan keras lain dan air disedut menggunakan pam air elektrik. Airnya lebih berkualiti kalau dibandingkan air yang diambil dari permukaan sungai dan kolam.

Jika rumah abang dan kakak sekalian ada sumber air boring ini, penulen Coway mestilah disambung terus pada air bermeter. Penapis Coway akan menyedut air, menapis dan menyimpan dalam storan yang besar, 23 liter untuk Coway Core contohnya. Jadi, sumber air minum tetap tidak putus walaupun ada masalah gangguan bekalan air di kawasan sekitar.

Wasap Diskaun RM200!

Ini adalah blog promosi ejen jualan penapis air Coway. Sila hubungi saya untuk dapatkan info pembelian di talian 0176236508. Sekiranya berkaitan masalah produk, technician atau apa-apa isu lain sila hubungi 03-20590188. Terima kasih :)