Perbezaan Penapis Air Coway dan Jenama C

 

Saya menerima banyak feedback daripada prospek yang bertanyakan tentang perbezaan ketara penapis air jenama Coway dan Jenama X. Pada asalnya saya berlapik untuk tidak mahu dedahkan nama pesaing, tetapi tidak adil pula kepada pelanggan saya untuk mendapat maklumat yang benar daripada pihak Coway.

Sistem Tapisan Coway – Reverse Osmosis vs Nano

Sebagai leader kepada pasaran penapis air di Korea dan Malaysia, Coway menawarkan tiga jenis teknologi air kepada bakal pelanggan iaitu reverse osmosis (RO), nanotrap dan alkali ion.

  • Reverse Osmosis – digunapakai untuk produk Villaem, Core, Sally, Petit dan Ferry untuk pelangan yang mahukan air 99.99% bersih.
  • Nanotrap – digunakan untuk produk Neo dan Harry untuk pelanggan yang mahu air beralkali rendah dan bermineral.
  • Alkali Ion (Ionizer) digunakan untuk produk Inception untuk mereka yang mahukan air alkali tinggi pH 8.5, 9.0 dan 9.5.

Jadi, tak perlu saya bandingkan model yang menggunakan RO dan Alkaline Ion dalam jadual perbezaan di bawah kerana tidak setaraf.

Perbezaan Coway vs Cuckoo

24 Filter & Mesin Coway Diiktiraf Halal Jakim

Biar gambar ini berbicara. Carian di laman web rasmi HALAL JAKIM masih menunjukkan maklumat yang sama seperti gambar di bawah. Klik untuk zoom Sijil Halal Coway (33 Perkara) Tamat: 31-05-2017.

Sijil Halal Coway vs Cuckoo

Coway adalah Direct Selling, bukan MLM

Dakwaan sesetengah ejen syarikat X bahawa syarikat Coway adalah MLM adalah salah. Coway Malaysia adalah syarikat jualan langsung. Setiap jualan dibayar komisen kepada ejen dan bukan mengayakan boss di Korea kerana mereka telah dibayar gaji.

Coway ada kilang dan pusat R&D di Korea

Tak perlu khuatir, Coway mempunyai pusat kajian sendiri sejak tahun 1993 di Korea. Semua produk Coway dibuat di kilangnya di Yugu yang dibina pada 1997. Pada tahun 2012 seramai 267 pengkaji yang berkelulusan PhD dan Master menjadi tulang belakang kepada semua produk Coway. Bilangan ini bertambah kepada 370 researcher pada tahun 2016.

Coway ada pengiktirafan daripada WQA

WQA adalah badan yang menyelia produk produk penapis air supaya menepati piawaian. Semua produk yang dipasarkan akan diuji oleh badan NGO ini dan memberi pengiktirafan apabila mencapai piawaian tertinggi. Jadi tiada sebab untuk pertikai mutu dan kualiti produk Coway. Membeli penapis air yang tidak tersenarai di WQA ibarat beli kereta tak melalui Puspakom.

Coway berumur 27 tahun di Korea, 10 tahun di Malaysia

Tahun 2016 adalah tahun ke-10 Coway bertapak di Malaysia dan telah menggembirakan lebih 400,000 pelanggan setianya. Di Korea, Coway mempunyai hampir 6 juta pelanggan. Kenapa perlu ambil risiko untuk menggunakan produk yang baru setahun jagung? Serahkan pada yang pakar.

Masih ada soalan tentang Coway? Terus hubungi saya untuk maklumat lanjut di talian 0176236508 sekarang.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply