Penapis Air Coway Dapat Sijil Halal JAKIM

Penapis Air Coway Dapat Sijil Halal JAKIM

Pengeluar penapis air dari Korea, Coway menjadi syarikat pengeluar penapis air antarabangsa pertama yang berjaya memperolehi sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah Urusan Coway Malaysia, James Park Jae-Young berkata, sebagai pengeluar penapis air terbesar di peringkat global, kawalan kualitinya adalah ketat.

“Justeru, kami turut memastikan piawaian Coway menepati dari segi pematuhan yang ditetapkan oleh JAKIM,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sistem penapisan osmosis songsang Coway yang memenuhi piawaian Halal bertaraf antarabangsa kini boleh didapati di pasaran tempatan dengan pilihan rekaan desktop dan rekaan berdiri.

* No Rujukan Sijil Halal JAKIM No. Rujukan JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/ 1 010-10/2012 atau boleh disemak di Laman Direktori Halal Jakim dan masukkan carian “Coway”.
* Sumber: Utusan Malaysia 18 Februari 2011.

  • Promosi Rebat RM150 untuk Sewa! Masukkan nama untuk dapat rebat sekarang!