Benarkah Pemasangan Penapis Air Coway Lambat?

Satu perkongsian yang saya perlu ceritakan kepada pengguna dan bakal pengguna Coway sekalian. Hari ini saya terima satu SMS daripada rakan prospek yang berada di Pekan, Pahang. Mulanya dia amat berminat dengan penapis air Coway selepas saya terangkan ciri-ciri, proses sewa beli dan perbezaan sewa beli dan tunai Coway. Namun, selepas saya followup, dia sudahpun memasang penapis air di rumahnya, dengan jenama lain.

Dia memaklumkan bahawa di sangat urgent, perlukan penapis air baharu kerana tidak tahan lagi dengan air kotor yang akan digunakan untuk memasak dan minum. Persoalannya, benarkan pemasangan Coway lambat?

Proses Pendaftaran dan Pemasangan Penapis Air Coway

Bakal pengguna Coway perlu faham, di Coway ada 4 peringkat yang perlu dilalui oleh mereka sebelum pemasangan di buat di kediaman atau pejabat mereka. Berikut saya ringkaskan, proses pendaftaran dan pemasangan penapis air Coway.

1. Pembeli akan mendaftar borang pesanan (sales order form) dan borang direct debit authorization untuk membolehkan pesanan anda diproses. Pada masa yang sama, pelanggan juga perlu sediakan salinan IC dan slip gaji untuk pendaftaran. Jangan lupa, yuran pendaftaran RM200 dan deposit satu bulan.

2. Ejen Coway akan mendaftarkan anda apabila dokumen lengkap. Submission akan melalui bahagian kredit; untuk semak kelayakan anda menyewa beli produk Coway. Jika belian secara tunai, proses ini menjadi lebih cepat. Dalam proses ini, pelanggan akan menerima panggilan untuk pengesahan. Antara soalan yang ditanya ialah nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat pemasangan.

3. Selepas bahagian kredit memberi kelulusan, mereka akan diserahkan kepada bahagian pemasangan. Di sini, pemasang (installer) yang bertugas akan diberikan nombor pelanggan untuk dihubungi.

4. Pelanggan akan dihubungi buat kali kedua, tetapi kali ini untuk appointment (temujanji) pemasangan. Pelanggan boleh menetapkan tarikh dan masa yang sesuai dengan masa mereka. Tiba hari yang dijanjikan, installer akan datang dan buat pemasangan, secara percuma.

Tempoh Pemasangan Penapis Air Coway

Tempoh pemasangan bergantung kepada pelanggan, ejen, bahagian kredit, dan bahagian pemasangan. Jika dokumen tidak lengkap, masa yang lebih lama akan diambil sebelum dihantar ke bahagian kredit. Jika ada CTOS atau blacklist, maka bahagian kredit akan tolak permohonan.

Jika pelanggan tiada di dalam kawasan, mereka gagal dihubungi; maka tempoh pemasangan akan bertambah sehingga pelanggan boleh dihubungi untuk mengesahkan maklumat mereka. Begitu juga dengan proses temujanji dan pemasangan.

Biasanya, jika tiada masalah, langkah #2 akan disiapkan pada hari #1 dibuat. Jika disubmit Isnin, maka proses #3 akan berlaku pada Selasa atau Rabu. Proses #4 akan berlaku pada Rabu/Khamis. Yang pasti, Jumaat akan terus pasang.

Tiada janji, tapi yang pasti proses pendaftaran dan pemasangan Coway akan mengambil masa hingga 5-7 bergantung kepada keadaan. Maklumat lanjut, sila komen di bawah atau SMS 0176236508 untuk pertanyaan produk.

Ini adalah blog peribadi ejen jualan penapis air Coway. Sila hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat pra-jualan di talian 0176236508. Sekiranya berkaitan masalah produk, technician atau apa-apa isu lain sila hubungi 03-20590188. Terima kasih :)

  • Jom Trade in Penapis Air X ke Coway! Masukkan nama untuk dapat rebat sekarang!